Dayah Bakar Reda Bersalin Tanpa Suami

Pengacara Borak Kopitiam, Dayah Bakar selamat menimang cahaya mata pertama pada Isnin secara pembedahan jam 2.23 petang di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Walau bagaimanapun, suami Dayah, Kapten Muhammad Hanif Hamidi tiada di sisi kerana sedang berkhidmat di Australia dan tidak dapat kembali ke tanah air gara-gara penularan wabak COVID-19.

“Sebelum ini saya fikir pengalaman ini dapat dikongsikan bersama suami untuk meraikan kelahiran anak sulung bersama-sama.

“Namun, kita hanya merancang Tuhan menentukan.

“Siapa mampu menduga, ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama.  Namun, dengan doa yang tak putus dan kekuatan yang diberi Allah saya berjaya melaluinya.

“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa.  Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata.

“Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Tambah pemilik nama penuh Nurhidayah Abu Bakar ini walaupun reda kelahiran anak sulung tidak dapat disambut suami tersayang, dia sering membuat panggilan video kepada suami untuk berkongsi perkembangannya dan sempat berinteraksi beberapa jam sebelum bersalin.

Untungnya Dayah kerana walaupun ketiadaan suami di sisi, dia setia ditemani ibu, dan keluarga dari kedua-dua belah pihak dan anak saudara di hospital.

“Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan.

“Insya-Allah, foto dan nama anak akan saya kongsi selepas tujuh hari,” katanya lagi.

Terdahulu, Dayah mengahwini Hanif yang dikenalinya sejak kecil, pada 29 Jun, 2018.

https://www.instagram.com/p/CD_n8eUJbyW/?igshid=1ll9v3s56ndqz

Kredit: BH Online

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Ernie Bergelar Tunangan Syamel

Read Next

Neelofa Undur Diri Dari Air Asia Selepas Tiga Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *