Memegang jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Air Asia Bhd selama tiga tahun, pelakon dan pengacara televisyen popular, Neelofa dilaporkan telah meletak jawatan.
Memetik laporan BH Online, syarikat penerbangan kos rendah tanahair itu memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa mereka menerima notis perletakan jawatan bertarikh 17 Ogos lalu, hari ini.
Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor dilantik menganggotai lembaga pengarah Air Asia pada 8 Disember 2017.
Bekas pengacara program Meletop itu menyatakan ‘komitmen peribadi lain’ sebagai alasan peletakan jawatan beliau.
Sumber: BH Online, Instagram @neelofa