MK K-Clique Punca Muzik Video ‘Peluang Kedua’ Capai 1 Juta Dalam Sehari

Penyanyi popular, Nabila Razali tidak dapat menyorok rasa teruja dan bersyukur apabila video muzik rasmi ‘Peluang Kedua’ berjaya mencecah 1 juta tontonan hanya dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan di saluran YouTube.

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK dari kumpulan K-Clique sebagai rakan duet dalam lagu itu dan hero di dalam video muzik tersebut.

Nabila juga berkata pemilihan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan menjadi faktor muzik video Peluang Kedua mendapat sambutan hangat dan meraih jumlah tontonan yang tinggi dalam masa yang singkat.

MK yang menjadi kegilaan ramai wanita di kalangan peminat K-Clique juga dikatakan memberi kerjasama yang baik mempromosikan lagu itu sejak dimuat naik.

“Saya percaya MK jadi faktor berulang kali.

“Dia juga memberikan kerjasama mempromosikan lagu ini sejak dimuat naik,” katanya dipetik Harian Metro.

Pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali ini juga berterima kasih kepada pihak produksi Ghzmsn Studio dan pengarah Lily Samsuddin yang bertanggungjawab dalam pembikinan video muzik yang berkualiti.

Penggambaran yang diadakan  di Cameron Highlands terpaksa berdepan dengan dugaan cuaca yang sejuk dan hujan di pusat peranginan itu.

 

View this post on Instagram

 

Salam Maal Hijrah semua ♥️ Alhamdulillah music video Peluang Kedua dah reach 1.2 million hari ni. Thank you koranggg 🥺🥀

A post shared by Second Chance 🥀 (@nabila.razali) on

Kredit: Harian Metro, Instagram @nabila.razali

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Neelofa Undur Diri Dari Air Asia Selepas Tiga Tahun

Read Next

Mira Filzah Tak Sangka Minat Menimbulkan Kemarahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *