Mira Filzah Tak Sangka Minat Menimbulkan Kemarahan

Sedih mengenangkan apabila negara bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63 pada 31 Ogos ini, namun masih ada individu yang tidak sensitif kepada keharmonian masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah membuat ciapan menyindir pelakon popular, Mira Filzah yang berbunyi ‘Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture’ di samping memuat naik gambar yang dimuat naik Mira di akaun Instagram miliknya.

Lantas, pelakon Pujaan Hati Kanda itu meminta maaf jika penampilannya yang menyarung Lehenga, iaitu pakaian tradisional pengantin wanita kaum India menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.

Menurut Mira, tema itu adalah satu daripada konsep penggambaran produk kanta lekap, dan memandangkan dia juga peminat tegar filem Bollywood, Mira memilih untuk menggunakan tema itu sebagai mempromosi produk tersebut.

“Sebenarnya, untuk penggambaran produk LA Vue Lens ini ada pelbagai konsep.  Baru konsep ini yang saya muat naik di Instagram.  Kebetulan saya diberi pilihan daripada pengasas produk ini, Bee Ramza untuk pilih konsep apa saya nak buat.

“Jadi, saya memilih Bollywood sebab saya memang peminat setia filem dan lagu Hindustan sejak kecil lagi.  Malah, saya juga suka buat video ‘miming’ lagu Hindustan.  Dalan hati teringin sangat nak pakai pakaian Bollywood. Tapi untuk apa?

“Disebabkan itu, apabila ada peluang, saya cakap pada Bee teringin nak pakai satu set Lehenga dengan aksesori.  Saya tak terfikir pun perkara ini akan menimbulkan isu sebegini.  Niat saya adalah untuk suka-suka dan minat saya,” katanya kepada Harian Metro.

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah binti Badioezaman (27) tidak menyangka pemilihannya memakai pakaian Bollywood menyinggung hati mana-mana pihak kerana sebelum ini dia biasa melihat ada di kalangan rakyat yang memakai pakaian dari bangsa lain’

Lebih-lebih lagi, kerana Malaysia terkenal di mata dunia  dengan masyarakat berbilang kaum yang hidup dengan aman dan harmoni.

“Saya minta maaf kalau ada terasa.  Tetapi, pada pendapat saya, di Malaysia ada pelbagai bangsa dan budaya.  Semua orang pun saya tengok tak ada masalah perkara ini macam bertukar-tukar pakaian.

“Saya pun ada tengok beberapa selebriti yang pakai pakaian ini untuk majlis malam berinai, saya ada juga nampak orang India memakai baju kurung, begitu juga ada masyarakat Melayu yang memakai cheongsam.

“Sekali lagi kalau ada yang terasa, saya minta maaf.  Tidak ada apa-apa niat pun untuk mengaut keuntungan daripada itu dan ini dan sebagainya,”katanya lagi.

Walau bagaimanapun, ramai yang berkongsi pendapat yang sama dengan Mira termasuklah di kalangan selebriti seperti penyanyi, Nourul Depp dan Ernie Zakri.

“Kita kan rakyat Malaysia.  Tak salah pakai baju bangsa Cina, India atau Melayu.  Semua ini muhibbah terutama di bulan merdeka ini.  Kita kena sedar siapa dan apa itu Malaysia.

“Nak bertekak pakai baju bangsa atau mempermainkan budaya, pada saya tiada kena mengena.  Dia rumah, saya ada semua baju budaya. Pakai saja apa pun.  Asalkan jangan bogel melilau sana sini sudah,” kata Nurul dipetik Harian Metro.

Kredit: Harian Metro, Instagram dan Twitter @mfmirafilzah

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

MK K-Clique Punca Muzik Video ‘Peluang Kedua’ Capai 1 Juta Dalam Sehari

Read Next

“Safiey Illias Melakukan Dosa Di Dalam Dosa…” – PU Syed Suruh Safiey Bertaubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *