“Safiey Illias Melakukan Dosa Di Dalam Dosa…” – PU Syed Suruh Safiey Bertaubat

Usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Illias nampaknya seperti tak serik-serik apabila masih melakukan pembedahan demi pembedahan pada anggota badannya untuk kelihatan seperti seorang wanita dan telah berbelanja jutaan ringgit untuk mendapat hasil yang di inginkan.

Walau bagaimanapun, menerusi satu entri di Instagram, Safiey mengakui telah melakukan rawatan ekstetik dari doktor yang tidak bertauliah dan ini telah memakan dirinya apabila ‘fillers’ yang dimasukkan ke dalam pipi mengakibatkan pipinya bernanah.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Mohd Safiuddin Illias (26) ini telah membuat prosedur pemindahan lemak ke wajah dengan kos RM4,000 pada hujung tahun lalu, tetapi malangnya prosedur itu gagal, dan Safiey berasa seperti ada ketumbuhan kecil pada bahagian pipi kanan.

Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya yang telah acap kali cuba menegur usahawan kosmetik ini dan rakan-rakanya seperti ‘Nur Sajat’, menegaskan tindakan Safiey melakukan pembedahan pada anggota badannya tanpa sebab yang dibenarkan agama adalah haram di sisi syarak.

“Perbuatannya jelas HARAM di sisi syarak kerana mengubah ciptaan Allah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan agama. Lebih-lebih lagi dibuat semata-mata untuk memenuhi keinginan songsang untuk menjadi seorang wanita sedangkan jantina sebenarnya adalah seorang lelaki,” tulis di Instagram (IG) miliknya.

Terbaharu, PU Syed menegur tindakan Safiey yang melakukan pembedahan menaikkan kening atau ‘eyebrow lift’ dengan anggaran kos RM30,o00 kerana dikatakan keningnya ‘jatuh’.

PU Syed mengibaratkan perbuatan Safiey seperti dosa di dalam dosa apabila ia mungkin menjadi ikutan orang lain walaupun jelas perbuatan itu haram di sisi agama Islam.

“Encik Safiey telah melakukan dosa di dalam dosa, semoga dia bertaubat kepada Allah, apatah lagi dia sangat berbangga dengan apa yang sedang dilakukannya sekarang.

“Gaya hidup sebegini sangat-sangat berbahaya kerana boleh menjadi ikutan kepada orang lain.

“Safiey dan Sajat keduanya wajar ditangkap dan diberi pengajaran sebenar-benarnya.  Bertaubatlah kepada Allah wahai saudaraku,” tulisnya lagi.

 

Takutnya kalau tergolong di dalam golongan mereka yang menerima Istidraj dari Allah.

Ketika kita sibuk bermegah dengan kekayaan yang diberi tanpa menghiraukan dosa dan pahala, tiba-tiba kita dipanggil Sang Pencipta…alangkah ruginya.

Kredit: Harian Metro, Gempak dan Instagram @safieyillias94 & @syedbakri_alyahyaofficial

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Mira Filzah Tak Sangka Minat Menimbulkan Kemarahan

Read Next

Pasangan Berumur Jadi Model Dengan Pakaian Orang Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *