Pasangan Berumur Jadi Model Dengan Pakaian Orang Lain

Pasangan Chang Wan-ji (83) dan isterinya Hsu Sho-er (84) memiliki perniagaan dobi di Daerah Houli, Taichung City di central Taiwan yang diusahakan bersama selama lebih kurang 70 tahun.

Sepanjang beberapa dekad juga, ada beratus-ratus helai pakaian yang tidak diambil dan dituntut oleh pelanggan mereka, sama ada mereka telah berpindah, atau meninggal dunia, atau bercerai dan terlupa untuk mengambil pakaian mereka di dobi tersebut.

Cucu pasangan tersebut, Reef Chang kemudian mendapat satu idea untuk meminta datuk dan neneknya menjadi model memakai pakaian-pakaian yang ditinggalkan dan memuat naik gambar-gambar tersebut di akaun Instagram yang dicipta khas iaitu @wantshowasyoung.

Akaun IG itu mendapat sambutan di luar jangkaan dari masyarakat seluruh dunia dan kini mempunyai seramai 665 000 pengikut!

Walau bagaimanapun, menurut Reef Chang bukanlah niatnya untuk membuat datuk dan neneknya terkenal tetapi sekadar untuk menghiburkan mereka yang semakin dimamah usia dari hidup kebosanan di daerah itu.

“Perniagaan mereka tidak selalunya sibuk. Kadang-kadang mereka akan tertidur di dalam kedai dan ini mematahkan semangat mereka.  Jadi, memandangkan kami mempunyai semua pakaian yang ditinggalkan pelanggan ini, saya dapat mengingatkan pelanggan mereka supaya mengambil semula pakaian yang tidak dituntut, dan juga mengingatkan datuk dan nenek saya bahawa mereka masih boleh menikmati hidup yang hebat di usia tua,” kata Reef kepada BBC.

Dengan nasihat dari kawan-kawan yang pandai bergaya, Reef memilih pakaian yang boleh disuai padan bersama aksesori seperti kaca mata hitam, tas tangan dan topi untuk digayakan oleh datuk dan nenek kesayangan sebelum meminta mereka bergaya ala model fesyen di depan mesin basuh dan pengering di kedai usang mereka.

Memetik laporan BBC.com, Hsu Sho-er tidak menyangka ramai orang mahu menatap foto-fotonya. Malah, mereka juga meninggalkan komen-komen positif terhadap pasangan itu.

Lihat sajalah foto-fotonya, persis model professional bukan?

Kredit: BBC.com & Instagram @wantshowasyoung

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Safiey Illias Melakukan Dosa Di Dalam Dosa…” – PU Syed Suruh Safiey Bertaubat

Read Next

Fazura Menangis Kerana ‘Sandwich’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *