Fazura Menangis Kerana ‘Sandwich’

Aktres jelita, Nur Fazura yang sedang hamil anak pertama bersama suami, Fattah Amin mendedahkan, dia pernah menangis kerana mendapat makanan yang tidak kena dengan tekaknya di awal kehamilan kerana menjadi begitu cerewet soal makanan.

Namun, dia bersyukur kerana mendapat suami yang sangat memahami dan sabar melayan karenahnya sepanjang kehamilan.

“Pada awal kehamilan, saya agak cerewet soal makanan. Pernah suatu hari, Fattah membelikan sandwich dan saya pula tidak menggemari sos atau mayonis.

“Melihat sandwich dibeli mengandungi bahan terbabit, saya terus menangis.

“Fattah kemudian tenangkan saya.  Dia sanggup keluar semula semata-mata mahu membelikan sandwich baharu,” katanya dipetik dari BH Online.

Pemilik nama penuh Nur Fazura Binti Sharifuddin itu juga berkata dia sehingga merasa bersalah kerana Fattah sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginannya dan mudah mengalah.

“Melihat kesabarannya melayan, saya terus minta ampun kerana rasa bersalah dan kasihankan dia.

“Suami turut menangkan saya dalam apa sahaja perkara,”katanya lagi.

Sekadar info, pasangan yang mula rapat sejak digandingkan di dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Pelakon filem Dendam Pontianak itu mengumumkan berita kehamilannya pada April lalu dan bakal melahirkan cahaya matanya pada Oktober.

Baca: “Lelaki Atau Perempuan Perkara Kedua” – Fazura

Kredit: BH Online & Instagram @missfazura

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Pasangan Berumur Jadi Model Dengan Pakaian Orang Lain

Read Next

Katy Perry Sudah Jadi Ibu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *