GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.
Tahniah penyanyi popular antarabangsa, Katy Perry dan tunangnya, aktor kacak, Orlando Bloom kerana menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Daisy Dove Bloom pada Rabu, 26 Ogos lalu.
Berita gembira kelahiran Daisy diumumkan oleh badan amal UNICEF dan dikongsikan pasangan popular itu, di mana mereka merupakan Duta Muhibbah (Goodwill Ambassadors) bagi pertubuhan tersebut.
“Kami berada di awang-awangan dengan kasih sayang dan keajaiban selepas kelahiran anak perempuan kami dengan selamat dan sihat,” kata Perry dan Bloom dalam satu kenyataan bersama.
Bagi meraikan kelahiran puteri mereka, Perry (35) dan Bloom (43) mengajak orang ramai untuk menyumbang kepada tabung UNICEF di bawah “DDB” iaitu singkatan bagi Daisy Dove Bloom untuk membantu ibu dan bayi yang kurang bernasib baik seperti kesukaran untuk mendapatkan keperluan seperti sabun, vaksin, air dan ubat-ubatan untuk menghalang penyakit, lebih-lebih lagi ketika dunia menghadapi masalah penularan wabak COVID-19.
Terdahulu, Bloom sudah mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Flynn (9) melalui perkahwinannya dengan supermodel, Miranda Kerr, manakala Daisy merupakan anak pertama buat Perry.