Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi
Pelakon Hollywood, Chadwick Boseman (43) yang popular melalui watak Raja T’Challa dalam filem Black Panther keluaran Marvel Cinematic Universe dilaporkan meninggal dunia akibat kanses usus pada Jumaat di Los Angeles.

Berita yang mendukacitakan itu disahkan menerusi kemas kini akaun Instagram milik mendiang pelakon itu dua jam lalu.
“Chadwick telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016, dan bertarung melawan penyakit itu selama empat tahun sebelum ia merebak ke tahap empat.
“Sebagai seorang pejuang sejati, Chadwich menghadapinya dengan tabah, dan membawa kepada anda banyak filem-filem yang anda gemari.
“Dari Marshall ke Da 5 Bloods, August Wilson’s Ma Rainey’s Black Bottom dan banyak lagi, semuanya dirakamkan semasa beliau di antara sesi kemoterapi dan menjalani pembedahan demi pembedahan.
“Ia merupakan satu penghargaan di dalam kariernya untuk membawa watak Raja T’Challa di dalam filem ‘Black Panther’,” menurut kenyataan di dalam kapsyen entri tersebut.
Mendiang dilaporkan menghembus nafas terakhir di rumah, di kelilingi isteri dan ahli keluarganya.
Kredit: Instagram @chadwickboseman