BTS, Lady Gaga Ungguli Anugerah MTV VMA 2020

Berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada waktu ini, Anugerah Muzik Video MTV 2020 (MTV VMA 2020) yang sepatutnya diadakan di Barclays Center, New York, Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan dan dilakukan secara virtual hari ini.

Kumpulan BTS dari Korea Selatan dan Lady Gaga mengungguli malam anugerah  tersebut apabila menang besar di MTV VMA 2020.

Gaga membawa pulang 5 trofi apabila dia dinobat sebagai Artis Terbaik dan menjadi artis pertama yang memenangi anugerah baharu iaitu Anugerah Tricon.  Lagu kolaborasinya bersama Ariana Grande menerusi Rain On Me juga memenangi kategori Lagu Terbaik, Kolaborasi Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Kumpulan popular BTS pula membawa pulang trofi Pop Terbaik, K-Pop Terbaik, Kumpulan Terbaik dan Koreografi Terbaik menerusi lagu hit mereka berjudul On.

Blinding Lights dari The Weeknd pula memenangi trofi Video Terbaik dan kategori R&B Terbaik.

MTV VMA 2020 yang dihoskan oleh Keke Palmer turut menampilkan persembahan daripada artis seperti BTS yang menyanyikan lagu hit terbaharu mereka ‘Dynamite’, Lady Gaga yang menyanyikan lagu ‘Stupid Love’ selepas tampil berduet dengan Ariana Grande di dalam lagu ‘Rain on Me’, Miley Cyrus yang mempersembahkan lagunya ‘Midnight Sky’ dan ramai lagi.

Kredit: Eonline.com & Instagram @ladygaga

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Chadwick Boseman Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus, Selamat Tinggal ‘Black Panther’

Read Next

Skylar Keutamaan Keith Foo dan Kim Raymond

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *