Skylar Keutamaan Keith Foo dan Kim Raymond

Pelakon kacak, Keith Foo (37) telah sah berpisah dengan bekas isterinya, ‘socialite’ dan ‘influencer’, Kim Raymond pada hujung tahun lalu.

Walau bagaimanapun, ibu dan bapa kepada seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun itu masih mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak mereka.

“Kami berpisah secara baik.  Hubungan kami juga telah beralih, jika dahulu kami suami isteri, kini kami menjadi sahabat baik.

“Kami juga telah berjanji, apa yang terjadi pun, anak menjadi keutamaan.  Kami harus berfikir mengenai keadaan anak dan mahu menjaga anak bersama-sama biarpun telah berpisah,” kata Keith dipetik daripada Gempak.

Tambah Keith lagi, dia sudah bersedia untuk kembali aktif ke dunia lakonan setelah mengambil masa dua tahun untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada anaknya, Skylar yang pada ketika itu sedang membesar.

“Saya tak mahu terlepas melihat anak membesar.  Memandangkan anak sudah masuk usia 3 tahun, saya boleh kembali bekerja semula.

“Walaupun orang kata saya berehat ketika nama menjadi sebutan, saya tak menyesal kerana anak lebih utama.

“Kini, saya sudah bersedia mahu kembali aktif dan mencari momentum untuk terus bekerja dalam dunia lakonan,”katanya lagi.

Keith dan Kim mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan hasil dari perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang comel, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017.

Walau bagaimanapun rumah tangga mereka dikatakan goyah lebih kurang dua tahun lalu dan dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung. Akhirnya pasangan ini bercerai secari rasmi pada Disember 2019.

 

Kredit: Astro Gempak & Instagram @keithfoo

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

BTS, Lady Gaga Ungguli Anugerah MTV VMA 2020

Read Next

Bayi PKP? Zahirah Macwilson Hamil 6 Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *