Bayi PKP? Zahirah Macwilson Hamil 6 Bulan

Dalam diam-diam, pelakon jelita, Zahirah Macwilson rupanya sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan aktor kacak, Aiman Hakim Ridza.

Zahirah yang membahasakan dirinya sebagai Ira mengumumkan berita gembira itu menerusi kemas kini di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Zahirah memuat naik foto imbasan ultrasound bayinya dan mengesahkan yang kandungannya kini berusia 6 bulan.

“6 bulan membesarkan kesayangan kecil kami.

“Ibu dan ayah tak sabar nak jumpa kamu,” tulisnya sebagai kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

6 months of growing our little love. Mommy & Daddy can’t wait to meet you ❤️ @aimanhakimridza

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Ruangan komen bintang utama filem Bulan dan Pria Terhebat itu dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti seperti Hannah Delisha, Catriona Ross, Elfira Loy, Lisa Surihani, Aeril Zafrel, Nora Danish, Janna Nick, Mira Filzah, Yaya Zahir dan ramai lagi.

Rata-rata ramai tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup pasangan secocok ini. Agak-agak iras Zahirah atau Aiman ya?

Terdahulu, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020

Kredit: Instagram @zahirahmacwilson

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Skylar Keutamaan Keith Foo dan Kim Raymond

Read Next

Mira Filzah Sah Isteri Wan Emir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *