Mira Filzah Sah Isteri Wan Emir

Pemenang anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-32, Mira Filzah (27) selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar (30) di pusat konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, malam tadi.

Pemilik nama sebenar, Nur Amirah Filzah binti Badioezaman sah menjadi isteri kepada Wan Emir dengan sekali lafaz sahaja dan pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik.

Majlis dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada anggota keluarga dan teman rapat kedua pasangan mempelai dan majlis pernikahan yang mengikuti rutin normal baharu tersebut disiarkan secara langsung di akaun YouTube TV3 buat para peminat pelakon drama rantaian Pujaan Hati Kanda itu.

Rombongan pengantin lelaki menyerahkan seutas gelang emas sebagai mas kahwin dan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas dulang daripada pihak pengantin perempuan.  Walau bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan kedua-dua belah pihak.

Memetik laporan BH Online, Mira yang ditemui selepas majlis akad nikah meluahkan rasa syukur kerana majlis berlangsung dengan sempurna.

“Walaupun sudah bergelar isteri, Mira akan terus menyambung karier lakonan seperti biasa.

“Mira ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Mira sehingga hari ini.

“Doakan yang terbaik untuk Mira dan Emir,” kata Mira kepada BH Online.

Mira dan Wan Emir, yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mengikat tali pertunangan Julai lalu selepas hampir setahun berkenalan.

Majlis resepsi kedua akan berlangsung di Hotel Le Meridien, Putrajaya, malam esok dan akan dipancarkan secara langsung di TV3.

Pada Ahad, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi terbitan stesen televisyen (TV) itu.

 

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira, Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Sekali lagi, andai ada yang bertanya, setiap majlis diadakan secara kecilan, hanya 200 – 250 tetamu sahaja yang dijemput. Maaf Mira tak dapat memenuhi permintaan untuk menjemput tetamu lebih ramai. Risau, takut ada sedara mara atau kawan kawan yang terasa. Harap klarifikasi disini menjelaskan semuanya. Kepada @miraclegacy_, inshaAllah, bila keadaan sudah lebih baik dan selamat untuk semua, Mira akan raikan bersama kalian semua. Terima kasih atas segala kasih dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Love each and every one of you. Doakan agar Mira dapat menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya, seorang muslimah yang lebih baik, seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu (in future, inshaAllah) yang baik. 🥰 #emiramirah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Kredit: BH Online & Instagram @mfmirafilzah

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Bayi PKP? Zahirah Macwilson Hamil 6 Bulan

Read Next

K-Clique Tidak Patah Semangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *