Hannah Delisha Selebriti Terbaharu Berhijab

Baru-baru ini, pelakon jelita kelahiran Singapura, Hannah Delisha (24) mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik fotonya berhijab di akaun Instagram miliknya.

“Bismillah”, tulisnya ringkas sebagai kapsyen foto tersebut. Penghijrahannya itu rata-rata mendapat sokongan rakan artis dan peminat-peminat yang teruja melihat imej baharunya itu.

Pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch itu juga menukar gambar profil Instagramnya kepada gambar bertudung.

Memetik laporan BH Online, Hannah walau bagaimanapun menafikan dia mengenakan hijab kerana ingin mendirikan rumah tangga.

“Tidak…Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin.  Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.

“Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah,” katanya.

Hannah juga berkongsi bahawa sebenarnya dia telah memasang niat untuk berhijab sejak Ramadan lagi tetapi terpaksa menangguhkan niatnya itu kerana terikat dengan komitmen kerjaya yang perlu dilunaskan.

“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung.

“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu.  Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitment drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran.  Semoga saya terus istiqomah,” tambah pelakon yang popular menerusi drama rantaian Mencintaimu Mr. Photographer itu.

 

View this post on Instagram

 

Bismillah🤍

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Kredit: BH ONline

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

K-Clique Tidak Patah Semangat

Read Next

‘Hilang’ Buah Tangan Terbaharu Umbrella

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *