‘Hilang’ Buah Tangan Terbaharu Umbrella

Setelah hampir satu dekad tidak merakamkan lagu baharu, kumpulan popular 90an, Umbrella, kini kembali dengan mempertaruhkan lagu yang berjudul ‘Hilang’ yang mula disiarkan di semua platform muzik digital sejak 26 Ogos 2020.

Pengumuman rasmi kembalinya kumpulan Umbrella ke persada industri muzik tanah air diadakan menerusi sebuah sidang media yang bertempat di Summit Hotel KL City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 29 Ogos lalu.

Zarul, selaku penyanyi utama Umbrella percaya lagu hasil ciptaan komposer Shouk Azis dan  tiga orang komposer muda berbakat besar, iaitu Bidin Alzaifa, Zadde Zharin dan Riff ini dapat bersaing dengan lagu balada lain pada masa kini.

“Melihat trend penyanyi muda masa kini yang menerima sambutan hebat dalam media sosial dengan lagu 1990-an, kami yakin single Hilang mampu bersaing dengan lagu balada lain.

“Lagipun, komposer single ini pernah menghasilkan lagu Achey berjudul Sakit yang berjaya trending, jadi kami percaya pertaruhan Umbrella dengan single ‘Hilang’ ini boleh mengulangi kejayaan lagu Ramalanku Benar Belaka yang pernah menjadi fenomena hingga mengangkat populariti Umbrella satu ketika dahulu,” katanya dipetik dari BH Online.

Sambutan hangat terhadap video muzik ‘Hilang’ yang melangkaui sasaran mereka dan membuktikan kehadiran Umbrella masih diterima baik oleh masyarakat.

Sehingga kini, video muzik ‘Hilang’ sudah ditonton hampir 250 ribu kali sejak ia dimuatnaik di saluran YouTube MVM Production dua minggu lalu.

Selain Zarul, kumpulan Umbrella masih dianggotai oleh ahli kumpulan asal iaitu Hafizz, Rizal dan Saiful.

https://youtu.be/wijXnHd3V0o

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Hannah Delisha Selebriti Terbaharu Berhijab

Read Next

Hanya Tok Wan Di Hati Zizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *