Hanya Tok Wan Di Hati Zizan

Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak (36) tidak mahu memikirkan soal jodoh buat masa ini kerana lebih risau tentang kesihatan nenek kesayangannya.

Walaupun pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita popular yang kini sudah pun berumah tangga, pemilik nama sebenar Mohammad Razizan Abdul Razak ini tidak mudah melatah kerana percaya soal jodoh adalah ketentuan Allah SWT.

“Buat masa ini saya tak fikir langsung mengenai kahwin atau apa saja.  Saya tak ada masalah dengan itu.  Pada saya banyak perkara lain yang perlu dibuat lagi iaitu nak menjaga emak dan keluarga saya.

“Sekarang pun nenek sedang sakit, itu pun agak merisaukan saya.  Dalam pada saya sibuk nenek pula sakit, jadi saya risau kalau berlaku apa-apa saya nak balik agak susah.  Semua itu membuatkan saya berfikir.  Kadang-kadang orang tak faham, jadi saya cuba buat terbaik untuk diri sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Yang lebih membimbangkan pelakon filem Abang Long Fadil itu, doktor yang merawat neneknya mengesyaki neneknya yang berusia 80 tahun itu menghidap kanser.

“Itu yang membimbangkan kami sekeluarga.  Hal lain saya okay, tapi apabila bahagian ini saya berasa berat.  Nenek pula berada di Dungun, manakala saya dan emak di Kuala Lumpur.  Ada ketika saya tak cukup rehat dengan betul kerana ulang-alik ke sana,” katanya.

Zizan berkata, emosinya mudah terusik dan terganggu kerana penat, namun tidak semua orang faham keadaannya buat masa ini.

“Nak tak nak, saya terpaksa memujuk hati sendiri.  Kadang-kadang, saya penat memikirkan bila orang nak faham keadaan saya.

“Bagaimanapun, saya cuba sedaya upaya kuat untuk diri sendiri.  Orang ingat bila bergelar pelawak, saya boleh bergurau setiap masa.  Jadi, saya harap semua faham kenapa hari ini saya tidak berapa okay,” katanya lagi.

Kredit: Harian Metro

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

‘Hilang’ Buah Tangan Terbaharu Umbrella

Read Next

Sharifah Sakinah Pilih ‘Mat Saleh’ Sebagai Kekasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *