Sharifah Sakinah Pilih ‘Mat Saleh’ Sebagai Kekasih

Selepas bercerai secara rasmi dengan suaminya, Aliff Adha Jamil, seorang juruterbang  pada Mei lalu, pelakon Sharifah Sakinah (31) dikatakan sedang rapat dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris yang berusia 10 tahun lebih tua darinya.

Jejaka tersebut turut menemani pelakon drama rantaian Girlfriend Aku Dari Neraka itu ke satu majlis anjuran produk kesihatan, Whollyfitz baru-baru ini untuk memberi sokongan kepadanya.

Sakinah mengakui hidupnya semakin gembira dan dia hanya mahu memandang terus ke depan selepas bercerai dengan bekas suaminya.

“Saya gembira dengan apa dilalui hari ini.  Ya, saya akui semakin rapat dengan lelaki Inggeris itu.

“Dia baik, malah kami berkongsi tarikh lahir sama.  Jadi, kami boleh dikatakan serasi. Usia pula berbeza 10 tahun.

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati,” katanya kepada BH Online.

Hasil perkahwinannya yang lalu, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun yang dijaga secara bergilir-gilir dengan bekas suami.

“Seminggu Anais bersama saya, kemudiannya seminggu bersama bekas suami.

“Anais masih terlalu naif untuk memahami apa yang berlaku pada saya dan bekas suami.  Bagaimanapun, kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak,” katanya lagi.

Sakinah dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2015 tetapi perkahwinan yang dibina hanya bertahan selama lima tahun.

Baca: Sharifah Sakinah Mengaku Bercerai…”Saya Tidak Boleh Jadi Isteri Yang Baik”

Kredit: BH Online & Instagram @sharifah_sakinah

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Hanya Tok Wan Di Hati Zizan

Read Next

A.Aida Dakwa Suami Orang Tawar RM20 Juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *