A.Aida Dakwa Suami Orang Tawar RM20 Juta

Pernah berkahwin empat kali, penerbit terkenal, Datuk A.Aida tidak terburu-buru untuk berumah tangga walaupun baru-baru ini mendakwa ditawarkan RM20 juta untuk berkahwin dengan seorang jejaka berstatus suami orang.

Memetik laporan Malaysiakini, Aida (50) tidak rela dan tidak berminat untuk bermadu selepas  kerana menurutnya, dia tidak layak dimadukan, lebih-lebih lagi selepas bersusah-payah ‘memasang badan”

“Penat saya jaga badan, boleh kalah anak dara sebab pergi ke gim setiap hari.  Takkan saya nak bermadu.

“Tapi kalau terjumpa lelaki bertubuh sasa atau sado, saya tak menolak, dia tak ada  wang pun tak apa,” katanya.

Sememangnya, penerbit filem Ratu Kala Jengking ini seorang penerbit yang berjaya dan sering berkata wang ringgit bukanlah ukuran untuknya mencari kebahagiaan.

“Sejak bercerai, memang ramai lelaki yang cuba mendekati…Yang cuba menghimpit pun ramai.  Saya berkawan dengan semua orang , namun, buat masa ini belum ada yang mampu mencuri hati saya.

“Dalam fasa ini, saya lebih selesa berkawan saja.  Sejujurnya, bukan kekayaan yang saya cari.  Sekiranya saya mahu mencari lelaki berduit, sudah lama saya cari.  Tetapi untuk apa sedangkan saya memiliki segala-galanya.

“Saya tidak kisah jika lelaki itu tidak berduit asalkan dia mampu mencurahkan kasih sayang dan menjaga saya. Namun, saya mengelak cinta suami orang,” katanya kepada BH Online.

Aida juga berkata dia boleh tahu hati budi lelaki hanya melalui lenggok tubuh, sama ada mereka ikhlas berkawan atau sekadar mahu mengambil kesempatan.

Perkahwinan pertama Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang bersama penyanyi utama kumpulan Spring, Ameng, bertahan selama 9 tahun. Mereka mendirikan rumah tangga pada 1994 dan bercerai pada 2003.

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa (23) dan Wan Azevanatassha (18).

Selepas perkahwinan pertama, Aida berkahwin selama tiga kali, dua orang merupakan anggota polis di mana menerusi perkahwinan ketiga, dia dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul (12).

Aida kemudian mendirikan rumah tangga dengan pelakon muda bertubuh sado, Ariff Aziz, tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 10 bulan dan mereka bercerai pada 18 Jun lalu.

Kredit: MalaysiaKini & BH Online

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Sharifah Sakinah Pilih ‘Mat Saleh’ Sebagai Kekasih

Read Next

Kendall Jenner Dedah Ketagih Ganja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *