Kendall Jenner Dedah Ketagih Ganja

Ketika soalan diajukan kepada kakak sulungnya, Kourtney Kardashian (41)  siapa di kalangan anggota keluarga Kardashian yang menghisap ganja, Kourtney dengan pantas menjawab “Kendall” dan perkara itu diakui oleh Kendall sendiri.

Pengakuan mengejutkan itu dilakukan model dan personaliti televisyen jelita, Kendall Jenner di dalam program Sibling Rivalry yang dihoskan oleh Kate Hudson dan Oliver Hudson melalui podcast mereka.

“Saya ketagih ganja.  Selama ini tidak ada yang tahu.  Ini adalah kali pertama saya mendedahkannya di hadapan khalayak ramai,” katanya.

Walaupun menghisap ganja bukanlah perkara asing dalam kehidupan selebriti barat, ternyata pengakuan model berusia 24 tahun itu sesuatu yang mengejutkan kerana mendakwa ketagih bahan terlarang itu.

Namun demikian, penggunaan ganja adalah sah di sisi undang-undang di California, iaitu tempat tinggal bekas kekasih Harry Styles itu.

Menjadi jutawan pada usia muda, Kendall sering dipanggil untuk beraksi di pentas peragaan jenama fesyen terkemuka dunia di antaranya seperti Chanel, Givenchy, Fendi, dan dia juga merupakan salah seorang Victoria Secret ‘angels’ di samping sahabat baik dan supermodel, Gigi Hadid.

Kredit: Mirror.co.uk & Instagram @kendalljenner

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

A.Aida Dakwa Suami Orang Tawar RM20 Juta

Read Next

Zayn Malik Dan Gigi Hadid Timang Anak Perempuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *