Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi
Tahniah penyanyi popular, Zayn Malik (27) dan supermodel terkenal Gigi Hadid (25) apabila selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan pasangan itu di akaun Instagram masing-masing.
“Anak perempuan kami sihat dan cantik. Untuk diungkapkan dengan kata-kata perasaan saya ketika ini adalah sesuatu yang sukar.
“Rasa kasih dan sayang yang saya rasakan untuk manusia kecil ini lebih dari apa yang saya fahami,” tulis Zayn sebagai kapsyen.
Bekas penyanyi kumpulan One Direction itu juga meluahkan rasa syukur menjadi bapa dan tidak sabar untuk melalui fasa-fasa kehidupan bersama puterinya itu.
Laman media sosial Zayn dan Gigi dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti seperti Hailey Bieber dan para peminat.
Sekadar info, Zayn dan Gigi mula berpacaran sejak 2015, namun hubungan mereka pernah putus di tengah jalan pada Januari 2019.
Cinta mereka kembali bertaut awal tahun ini dan pada Februari lalu, Gigi mengesahkan gosip tersebut apabila memuat naik foto bersama Zayn yang menyambut hari jadi Gigi di kediamannya dan dilihat tinggal bersama sepanjang waktu kuarantin.
Kredit: Astro Gempak, Instagram @zaynmalik & @gigihadid