Kongsi Gambar ‘Throwback’, Kylie Jenner Geram Dengan Kakak Sendiri

“Padam gambar ini dengan segera,” tulis Kylie Jenner pada ruangan komen satu foto ‘throwback‘ yang dimuat naik kakaknya, Kim Kardashian baru-baru ini.

Komen usahawan Kylie Cosmetics itu mendapat lebih 100 ribu tanda suka di Instagram.

Foto yang dikongsikan Kim menerusi entri di akaun Instagram miliknya itu menunjukkan isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu bergambar dengan adik beradiknya iaitu Khloe Kardashian, Kylie dan Kendall Jenner yang pada ketika itu kelihatan berusia dalam belasan tahun di sebuah restoran bernama Benihana.

 

View this post on Instagram

 

Babies at Benihana 🥰

A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut Kim berkata wajah Khloe, Kendall dan Kylie amat berbeza berbanding sekarang. Masakan tidak, adik beradik ini dikatakan tidak asing dengan prosedur estetik (asthetic) yang menjadi ‘makanan’ selebriti popular di Hollywood.

Setakat ini, Kim masih memilih untuk tidak memadamkan gambar tersebut.

Terdahulu, Hollywood Life pernah melaporkan, Kylie tidak suka apabila penampilannya ketika usia remaja dikongsi di media sosial.

 

Kredit: Astro Gempak

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Zayn Malik Dan Gigi Hadid Timang Anak Perempuan

Read Next

“Maafkan Kami Jack,” – Chrissy Teigen Keguguran Anak Ketiga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *