Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi
Hari yang sedih untuk pasangan selebriti Hollywood, penyanyi John Legend dan isteri, Chrissy Teigen apabila Chrissy mengalami keguguran bayi akibat pendarahan yang teruk yang tidak dapat diselamatkan.
Memetik laporan CNN.news, Chrissy mula dimasukkan ke hospital Cedars-Sinai Medical Center pada Ahad lalu selepas terpaksa berehat di rumah kerana mengalami pendarahan selama lebih kurang sebulan.
Menerusi perkongsian kemas kini di akaun Instagramnya, Chrissy berkongsi berita yang mendukacitakan itu dengan pengikutnya.
“Kami masih terkejut dan berada di dalam sejenis kesakitan yang hanya kamu dengari, sejenis kesakitan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
“Kami gagal untuk memberhentikan pendarahan walaupun telah berbeg-beg darah dimasukkan, ia masih belum mencukupi untuk bayi kami,” tulisnya di dalam kapsyen.
Terdahulu, John dan Chrissy telah mempunyai sepasang cahaya mata, Luna dan Miles melalui teknik ‘in vitro fertilization’ (IVF).
“Kami tidak pernah menamakan bayi ini sebab mahu tunggu sehingga di dilahirkan tetapi kami panggil si kecil ini Jack.
“Buat Jack, kami mohon maaf kerana kamu berdepan pelbagai komplikasi dan gagal menyediakan tempat untuk meneruskan kehidupan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kami.