Tok Wan Zizan Meninggal Dunia

Nenek kesayangan pelakon dan pelawak, Zizan Razak, Zainoon Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Dungun, Terengganu pada jam 11.57 pagi semalam.

Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak sebelum ini pernah berkongsi keadaan neneknya yang semakin uzur sejak September lalu dan dia kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu untuk menjenguk nenek kesayangan yang dipanggil ‘Tok Wan’.

Berita pemergian arwah neneknya dikongsi Zizan menerusi akaun Instagram miliknya tengah hari semalam.

“Al-Fatihah buat Zainoon Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir pada 11.57 pagi ini.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan,” tulis Zizan sebagai kapsyen.

 

Zizan yang sememangnya rapat dengan arwah nenek tidak dapat menahan air mata daripada mengalir di dalam satu video yang dimuat naik di Instagram setelah selesai pengebumian jenazah arwah nenek pada petang semalam.

“Assalammualaikum, saya sampai di tanah perkuburan dan selesai sudah pengebumian jenazah nenek.  Terima kasih pada rakan, peminat yang menitipkan doa dan kata semangat buat saya serta keluarga.

“Saya mohon doakan yang terbaik buat arwah nenek saya.  Semoga rohnya dicucuri rahmat.  Terima kasih,”katanya dalam video tersebut.

Terdahulu, Zizan pernah menyuarakan kebimbangan tentang keadaan neneknya yang berusia 80 tahun itu kerana doktor mengesyaki bahawa nenek Zizan menghidap penyakit kanser.

Baca: Hanya Tok Wan Di Hati Zizan

Kredit: Instagram @zizanrazak869 & BH Online

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Maafkan Kami Jack,” – Chrissy Teigen Keguguran Anak Ketiga

Read Next

“Terima Kasih PKP” – Scha Alyahya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *