“Terima Kasih PKP” – Scha Alyahya

Mata tak jemu melihat kecantikan pelakon popular Scha Alyahya yang  menjadi tetamu dalam program bual bicara Next To Neelofa yang ditayangkan di saluran Astro Ria malam tadi.

Dalam program bual bicara bersama Neelofa tersebut, Scha banyak berbicara tentang kehidupannya dan topik yang berkaitan dengan karier.

Ibu kepada Lara Alana itu turut berkongsi mengenai kehamilan keduanya yang kini berusia lebih kurang lima bulan. Menurut Scha, kehamilannya adalah rezeki yang tidak disangka akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Kerajaan (PKP) sewaktu dunia dilanda wabak COVID-19.

“Ini baby PKP. Saya tak malu untuk mengatakan ini rezeki saya semasa PKP.  Terima kasih PKP,” kata Scha sambil tertawa.

Menurut isteri kepada Awal Ashaari itu, sejak awal tahun lagi, dia dan suami sememangnya merancang untuk memberi ‘adik’ kepada Lara yang menyambut harijadinya yang ke-6 pada 22 Julai lalu.

Tambah Scha, dia sempat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) pada bulan Januari tahun ini.

“Saya telah menjalani pembedahan kedua membuang ketumbuhan dalam rahim.  Kali pertama sebelum mengandung Lara Alana.

“Jadi kita memang merancang untuk punya anak kedua, dan ya, PKP, dan inilah dia,” ujar Scha.

Sebelum ini, Scha dan Awal pernah mendedahkan yang Scha tidak suka memegang telefon bimbit, mengambil gambar dan mengemaskini akaun media sosialnya di fasa pertama kehamilannya.

“Masa itu saya agak down sampai nak padam akaun Instagram semua, tapi Awal membantah,” akui Scha yang memiliki 5.4 juta pengikut di akaun Instagramnya.

Terdahulu, sempena hari kelahirannya pada 6 Ogos, Awal membuat pengumuman tentang kehamilan cahaya mata kedua mereka dengan memuat naik video yang memaparkan anaknya, Lara memegang alat pengesan kehamilan sambila berkata “Yes, Mommy is pregnant!”

Baca: Lara Alana Bakal Jadi Kakak!

Kredit: Astro Gempak, Instagram @schaalyahya

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Tok Wan Zizan Meninggal Dunia

Read Next

Perkahwinan Berusia Sedekad, Aqasha Ibarat Macam Ambil ‘Masters’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *