Perkahwinan Berusia Sedekad, Aqasha Ibarat Macam Ambil ‘Masters’

Pelakon dan penyanyi, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya bin Rosli (38) menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-10 bersama dengan isteri tersayang, Noor Baizura Mohd Sabri pada 10 Oktober lalu.

Aqasha mengibaratkan perkahwinan seperti pelajar yang sedang menyambung pengajian ‘Master’ atau ijazah sarjana.

“Pejam celik, pejam celik dah 10 tahun aku kahwin hari ni.

“Perkahwinan ini ibarat macam buat master juga.  Master dalam pengendalian hidup dan rumah tangga.

“Ada orang suka ‘repeat paper’.  Ada orang tak cukup kredit.  Ada orang lulus sekali jalan.  Ada juga yang tak jenuh-jenuh tukar subjek,” katanya.

Menurut perkongsian anak kelahiran Shah Alam itu di akaun Instagram (IG) miliknya, usia perkahwinan bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan kerana yang lebih utama, bagaimana hendak mengekalkan keharmonian di dalam kehidupan sebagai suami isteri.

“Kapal kalau dan 10 tahun usi, kata orang banyak nak kena ‘maintain’.  Inikan pula sebuah perkahwinan. 20 tahun usia boleh karam, semalam baru keluar pelabuhan pun boleh karam.

“Bukan soal usia kapal.  Soal kapten kapal dan anak kapal juga buritan kapal.

“Kalau buritan kapal pun tak tahu, tak usah sibuk tanya buritan lain la.  Kecoh la,” tambahnya lagi.

Sekadar info, menerusi perkahwinan yang berusia sedekad itu, pasangan Aqasha dan Baizura dikurniakan sepasang cahaya mata, Alehandra Ahmad (9) dan Alaena Ayesha (8) yang menyambut hari jadinya hari ini. Selamat Hari Lahir Alaena Ayesha!

 

View this post on Instagram

 

Ayesha turns 8 today. Masih saja aku mengucup pipinya hampir setiap hari. #MyKodakMoment

A post shared by Aqasha – اكاشا (@theaqasha) on

Kredit: Instagram @theaqasha

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Terima Kasih PKP” – Scha Alyahya

Read Next

Cristiano Ronaldo Positif COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *