Cristiano Ronaldo Positif COVID-19

Lagi seorang selebriti terkenal menjadi mangsa COVID-19 dan kali ini bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo pula disahkan positif.

Berita itu diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang mereka pada Selasa.

Walau bagaimanapun, penyerang Juventus itu dilaporkan tidak menunjukkan sebarang gejala dan berada di dalam keadaan sihat (asymptomatic).

Ekoran itu, Ronaldo diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan menentang pasukan Sweden pada Rabu.

Menurut jurucakap bagi Persekutuan Bola Sepak Portugal, ahli skuad yang lain telahpun menjalani ujian saringan COVID-19 selepas Ronaldo disahkan positif.  Namun, mereka akan beraksi di dalam perlawanan menentang Sweden setelah keputusan saringan mereka setakat ini didapati negatif.

Mac lalu, Ronaldo dan keluarganya pernah berlepas menaiki jet peribadi ke kediaman mewah mereka di Pulau Madeira, Portugal sebagai langkah persediaan berdepan dengan pandemik itu.

Kini, pemain berusia 35 tahun itu menjalani proses kuarantin dengan mengasingkan diri walaupun tidak bergejala.

Kredit: Astro Gempak

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Perkahwinan Berusia Sedekad, Aqasha Ibarat Macam Ambil ‘Masters’

Read Next

Neelofa Tampil Berhijab, Doa Agar Kekal Istiqomah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *