Neelofa Tampil Berhijab, Doa Agar Kekal Istiqomah

Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor (31) atau lebih mesra dipanggil Neelofa atau Lofa, mengesahkan telah mengenakan niqab selepas memuat naik foto dengan imej terbarunya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Neelofa memohon orang ramai bersama-sama mendoakan semoga dirinya kekal istiqomah dalam penghijrahannya itu.

“Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan in agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” tulisnya menerusi entri di Instastory.

Selain para peminat Neelofa yang teruja dengan imej terkininya, ibunya Noor Kartini adalah insan yang paling gembira melihat penampilan baru anak yang tersayang.

“MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang banyak mengajarku, yang menjadi insipirasiku…

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang  kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untuk ku, seluruh keluargaku dan seluruh umat manusa…amiiiinn. Love you bidadariku,” coret Noor Kartini buat anaknya di IG.

Pengasas empayar perniagaan, Naelofar itu turut meluahkan rasa syukur kerana keputusannya untuk berniqab mendapat sokongan keluarga terutama sekali ibunya yang diibaratkan insan teragung dalam hidupnya.

“Insan teragung yang sentiasa berada di sisiku di setiap langkah…I love you so much Mama,” tulisnya di IG.

Lebih menarik lagi, balasan komen dari Noor Kartini kepada seorang netizen yang seakan-akan mengiyakan desas-desus hubungan anaknya dengan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail.

Kredit: BH Online & Astro Gempak

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Cristiano Ronaldo Positif COVID-19

Read Next

Angka Jangkitan Melonjak, Janna Nick Takut Nak ‘Shooting’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *