GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.
Pemenang Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Janna Nick menyuarakan kebimbangan untuk kembali ke lokasi penggambaran akibat jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari.
Janna (25) atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner menyatakan kebimbangannya menerusi akaun Twitter miliknya.
“Takutlah nak ‘shooting’, saya tidak mahu menjadi pembawa wabak atau pun dijangkiti COVID-19”
Takut lah nak shooting 😭 I don’t want to be a spreader / get infected by COVID19…
— JANNA NICK (@jannanick95) October 16, 2020
Memetik laporan BH Online, Janna yang bakal memasuki set penggambaran minggu hadapan berasa risau memandangkan wabak COVID-19 semakin menular dan dia menetap bersama keluarga.
“Saya akan memasuki set drama Melastik Ke Hatimu untuk slot Lestary, TV3, minggu depan.
“Melihatkan angka jangkitan yang melonjak setiap hari, saya takut. Bukan apa, saya tinggal bersama keluarga. Jadi saya tidak mahu ibu dan adik-adik terkena jangkitan.
“Memang saya sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) disarankan kerajaan dengan memaki pelitup muka dan menjaga jarak.
“Langkah itu boleh diambil di luar set penggambaran. Tetapi tidak mungkin kami akan memakai pelitup muka ketika sedang berlakon. Jadi itu yang merisaukan saya,” katanya.
Tahun ini, pelakon drama rantaian My Coffee Prince itu dicalonkan dalam tiga kategori ABPBH Ke-33 iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular.
Baru-baru ini, kekasih kepada pelakon dan model Dini Schatzmann ini membuat ucapan manis dan romantis sempena hari ulang tahun kelahiran Dini menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Video yang mendapat lebih 800 000 tontonan mendapat 1,828 komen itu daripada peminat dan rakan selebriti seperti Fasha Sandha, Awal Ashaari dan Uyaina Arshad yang rata-rata tidak sabar untuk melihat pasangan ini mendirikan rumah tangga.
Kredit: BH Online & Instagram @jannanick