Bersalin Lebih Awal, Farah Nabilah Timang Cahaya Mata Lelaki

Tahniah kepada pelakon, Farah Nabilah dan suami apabila Farah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, pagi semalam.

Farah atau nama penuhya, Farah Nabilah Saipuddin (28) berkongsi berita gembira itu menerusi satu kemas kini terbaharu di akaun Instagram miliknya. Walau bagaimanapun, video yang dimuat naik hanya memperdengarkan tangisan bayi tanpa sebarang visual.

“Assalamualaikum semua.  Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi, 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.

“Fawaa akan kongsikan nama dan wajahnya bila tiba masanya ya,” tulisnya sebagai kapsyen entri tersebut.

Mengikut jangkaan tarikh bersalin asal, Farah sepatutnya melahirkan cahaya mata pertama mereka pada bulan November depan.

“Kami sambutnya lebih awal.  Alhamdulillah, saya dan anak sulung kami dalam keadaan selamat.

“Segala-galanya dipermudahkan.  Terima kasih atas doa yang dititipkan untuk saya, suami dan anak kami.

“Semoga Tuhan merahmati semua dengan kegembiraan dan keindahan ketika kita semua diuji,” kata pelakon yang popular menerusi drama rantaian Titian Cinta ini kepada BH Online.

Menurut Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin, 28, bayi lelaki yang masih dirahsiakan identitinya itu kini berada dalam keadaan sihat.

Farah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember lalu.

Terdahulu, Farah dan suami pernah berkata mereka tidak ingin mengetahui jantina cahaya mata sulung yang bakal dilahirkan kerana mahu ianya menjadi kejutan buat mereka.

Team Funta.My ingin mengucapkan ahniah sekali lagi buat pasangan Farah dan Amirul dan semoga kehadiran anugerah terindah ini menjadi penyejuk mata dan hati kalian sebagai ibu dan bapa buat pertama kali.  Selamat berpantang Farah!

Kredit: BH Online & Instagram @farahnabilahofficial

Read Previous

Bimbang Keselamatan Peminat, Umbrella Batal Showcase 25 Tahun

Read Next

Lee Min Ho Lebarkan Sayap Ke Hollywood Menerusi ‘Panchinko’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *