Lee Min Ho Lebarkan Sayap Ke Hollywood Menerusi ‘Panchinko’

Pelakon popular yang menjadi kegilaan ramai wanita, Lee Min Ho bakal melebarkan sayapnya ke Hollywood selepas disahkan oleh pihak Apple sebagai bintang utama siri original Apple berjudul Panchinko yang dijadualkan untuk penggambaran hari ini, 26 Oktober.

Memetik laporan The Hollywood Reporter, siri sebanyak 8 episod ini bakal menjadi salah satu projek Apple yang memakan bajet tinggi setaraf rancangan The Crown terbitan Netflix.

Terdahulu, siri K-drama terbaharu lakonan Min Ho, The King: Eternal Monarch dikatakan memakan belanja lebih kurang RM105.3 juta untuk dihasilkan.

Drama yang diadaptasi dari novel sejarah epik karya Min Jin Lee ini mengisahkan harapan dan impian empat generasi keluarga pendatang dari Korea ke negara Jepun sekitar tahun 1910 dan 1989.

Min Ho memainkan watak Hansu, seorang jejaka asing yang mempunyai hubungan dengan dunia Yakuza iaitu organisasi jenayah terancang Jepun, dan terlibat dengan percintaan terlarang sehingga menimbulkan isu besar.

Drama Panchinko yang diadaptasi dari novel dengan judul yang sama merupakan di antara 10 buku terbaik tahun 2017 oleh The New York Times  dan akan didatangkan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Jepun dan Korea.

Selain Min Ho, Panchinko juga dibintangi oleh Jin Ha, Anna Sawai, Minha Im, Soji Arai, dan Kaho Mnami.

Sekadar info, Min Ho yang kini mempunyai lebih 20 juta pengikut di Instagram (IG) mengecapi populariti menerusi drama-drama awalnya seperti “Boys Over Flower”, “Gangnam Blues” dan “Bounty Hunters”.

 

Kredit: The Hollywood Reporter, thestar.com.my & Instagram @actorleeminho

Read Previous

Bersalin Lebih Awal, Farah Nabilah Timang Cahaya Mata Lelaki

Read Next

“Takkan Nak Suruh Uqasha Selak Kain…” – Micheal Ang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *