“Takkan Nak Suruh Uqasha Selak Kain…” – Micheal Ang

Baru-baru ini tular di media sosial, gambar belakang tabir drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’, drama terbaharu gandingan pasangan popular Uqasha Senrose dan Kamal Adli, yang menunjukkan babak Uqasha sedang melahirkan anak dalam keadaan berseluar panjang yang menerima kritikan daripada netizen.

Netizen menyelar babak yang dikatakan tidak logik itu kerana masakan wanita yang sedang bersalin memakai seluar panjang?

Walau bagaimanapun, pengarah ‘Perempuan Tanpa Dosa’, Micheal Ang tidak mengambil hati dengan kritikan netizen kerana menurutnya itu hanyalah gambar di belakang tabir yang belum diubah menggunakan teknik kamera.

Memetik laporan Harian Metro, Micheal berkata apabila babak itu siap disunting nanti, Uqasha akan kelihatan seperti seorang yang betul-betul sedang melahirkan anak.

“Saya tak marah dan anggap ia sebagai gurauan netizen semata-mata.  Saya ketawa apabila lihat ciapan yang muncul di media sosial.  Saya tak marah pun sebab sekurang-kurangnya saya tahu yang orang ramai ambil tahu kewujudan drama ini.

“Kita pun menjaga aib pelakon. Takkan nak suruh Uqasha selak kain untuk menjayakan babak itu.  Jika dilihat, ada kain yang digunakan untuk menutup seluar itu dan dalam hasil terakhir nanti, teknik kamera akan menampakkan seperti dia bersalin,” katanya.

Michael juga meluahkan rasa syukur kerana drama arahannya itu mendapat sambutan ramai dan kerana pihak stesen TV  berpuas hati dengan ‘rating’ drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’, kemungkinan besar ia akan dipanjangkan lagi.

Babak itu pada mulanya dikongsi menerusi ciapan di Twitter sebelum tular ke platform media sosial yang lain.

‘Perempuan Tanpa Dosa’ juga dibintangi Uyaina Arshad, Azza Elite, Hilal Azman dan Yusuf Bahrin.

Pada malam hari terakhir penggambaran drama tersebut, Kamal dan Uqasha telah bersepakat membelanja pelakon-pelakon dan krew penggambaran dengan membeli bahan-bahan BBQ sebelum dimasak bersama-sama. Perkara ini dikongsi oleh Michael menerusi kemas kini di Instagramnya. So sweet!

Kredit: Harian Metro & Instagram

Read Previous

Lee Min Ho Lebarkan Sayap Ke Hollywood Menerusi ‘Panchinko’

Read Next

Riena Diana Masuk Hospital, Sangka Dijangkiti COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *