Riena Diana Masuk Hospital, Sangka Dijangkiti COVID-19

Pelakon yang popular melalui watak Laila atau Lailer dalam drama bersiri Kampung People, Riena Diana mengalami paranoia kerana takut diri dijangkiti COVID-19 apabila jatuh sakit baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Riena menjelaskan yang dia banyak menghabiskan masa di luar kerana menjalani penggambaran drama dan travelog sebelum jatuh sakit dan terpaksa ditahan di hospital swasta di Setapak kelmarin.

“Sebelum saya jatuh sakit, saya menjalani penggambaran travelog di Pulau Redang sebelum ke Muar, Johor untuk menjalani penggambaran drama.  Jadi, risau juga kerana saya banyak menghabiskan masa di luar.

“Saya bimbang dijangkiti COVID-19.  Sekiranya dijangkiti, saya takut saya menjadi punca orang lain turut dijangkiti.  Tentunya rasa bersalah akan menghantui hidup saya selama-lamanya.  Apabila sakit dan paranoid, saya akan berfikir macam-macam.  Alhamdulillah, doktor sahkan saya hanya penat bekerja,” katanya.

Walau bagaimanapun, Riena kini dikatakan berada dalam keadaan stabil selepas mengalami muntah-muntah dan lemah tubuh badan dan hanya ditahan selama sehari di wad.

“Sebelum ini saya ada pihak yang menguruskan kerja-kerja lakonan saya.  Namun, apabila sudah tidak ada, jadual saya jadi kurang teratur dan saya terima apa saja tawaran lakonan.

“Disebabkan itu, badan saya tak dapat menampung jadual kerja yang padat membuatkan saya jadi terlalu letih hingga jatuh sakit,” katanya lagi.

Atas nasihat doktor, Riena kini sedang berehat di rumah dan mengumpul semula tenaganya sebelum penggambaran drama bersiri terbaharu yang akan ditayangkan di TV3 sebanyak 13 episod.

Kredit: Harian Metro & Instagram @rienadiana_

Read Previous

“Takkan Nak Suruh Uqasha Selak Kain…” – Micheal Ang

Read Next

Neelofa, PU Riz Nikah Mac 2021?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *