Neelofa, PU Riz Nikah Mac 2021?

Desas desus mengenai status hubungan selebriti dan usahawan, Neelofa (31)  dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail (25) terjawab sudah apabila ibu kesayangan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengesahkan yang puterinya dirisik petang tadi menerusi kemas kini di akaun Instagramnya.
Kartini meluahkan rasa syukur atas ketentuan Allah swt yang menemukan bidadarinya dengan lelaki pilihan hati yang bakal membimbing dan membahagiakannya.
“Bismillahhirohmanirohim
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…syukur ku padamu Ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu dan pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakali membimbing bidadari kesayangan ku..aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya, yang akan menyokong setiap apa saja urusannya..
“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurgamu nanti..Amiin
“@neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaiku untuk mu sayang..mama love you very much,” coret Kartini ikhlas buat puteri kesayangan, Noor Neelofa Mohd Noor.
Memetik laporan Astro Awani, sumber yang hadir pada majlis merisik itu memberitahu rombongan PU Riz merisik Neelofa usai solat Asar berjemaah yang diimamkan oleh PU Riz sendiri.
Majlis diadakan di kediaman ibu bapa Neelofa di Petaling Jaya dan hanya dihadiri sejumlah kecil tetamu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Sumber juga memberitahu bahawa pasangan ini bakal disatukan pada Mac 2021 dan memaklumkan bahawa keluarga kedua-dua pihak menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan termasuklah jumlah hantaran.
PU Riz mula mengecapi populariti pada tahun 2016 sebagai salah seorang peserta program Pencetus Ummah, musim keempat dan membina kerjaya di dalam bidang lakonan dan pendakwah bebas.
Terdahulu, Neelofa pernah dikaitkan dengan Dato’ Hans Isaac dan juga pelakon, Fattah Amin di mana gelaran LoFattah diberikan oleh peminat yang menyukai gandingan mereka di dalam drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot.

Kredit: Astro Awani

Read Previous

Riena Diana Masuk Hospital, Sangka Dijangkiti COVID-19

Read Next

Erra Fazira Tamatkan Zaman Solo?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *