Erra Fazira Tamatkan Zaman Solo?

Kecoh sebentar media sosial apabila pelakon, penyanyi dan pengacara jelita, Erra Fazira, menerima ucapan tahniah daripada Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui entri yang dimuat naik di akaun Instagram dan Facebook pagi ini.

Menerusi entri tersebut, Dr. Zulkifli mengucapkan tahniah kepada wanita bernama Erra Fazira dan pasangan hidupnya atas pernikahan yang berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Gara-gara entri tersebut, ramai peminat menyangka bekas isteri kepada Engku Emran ini telah menamatkan zaman solo dan berkahwin dalam diam. Namun, ianya hanyalah gurauan semata-mata apabila Dr. Zulkifli berkata dia pun terkejut individu yang bernama ‘Erra Fazira’ di pernikahan tersebut bukanlah pelakon filem Sembilu itu.

 

Memetik laporan BH Online, pengurus Erra, Sharendra Abd Razak berkata dia dihujani panggilan telefon dan mesej menerusi aplikasi Whatsapp yang ingin mengesahkan mengenai berita perkahwinan berkenaan selepas ianya tular.

“Saya menerima banyak panggilan telefon dan mesej yang ingin kepastian mengenai berita ini.  Erra sendiri terkejut, tetapi pada masa sama, dia berasakan berita ini kelakar.  Ini kerana, Erra tidak menyangka ada wanita yang memiliki nama sama dengannya.

“Kami akan umum dan tidak akan sesekali merahsiakannya daripada sesiapa sekiranya Erra ingin menamatkan zaman solo,” kata Sharenda kepada BH Online.

Malah, pemilik nama sebenar, Fazira Wan Chek itu menganggap Dr. Zulkifli pandai bergurau dan sempat mengucapkan tahniah buat Erra Fazira kepada Erra Fazira yang bernikah pagi tadi.

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 tahun dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin tetapi bercerai selepas tujuh tahun  mendirikan rumah tangga. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Kredit: BH Online & Instagram @drzulkifli.albakri @errafazira

Read Previous

Neelofa, PU Riz Nikah Mac 2021?

Read Next

Bunga Citra Lestari Kenang Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan, Kongsi Foto Kenangan Bersama Arwah Ashraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *