Sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 semalam, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mengenang momen-momen indah bersama arwah suaminya, Ashraf Sinclair menerusi foto dan video bersama Allahyarham yang dikongsi bersama pengikut-pengikutnya di Instagram.
Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 dan dianggap sebagai antara pasangan selebriti paling romantis dan sentiasa dilihat berada di sisi satu sama lain.
Namun, pada 18 Februari lalu, Ashraf meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung dan menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.
Baca: Bunga Citra Lestari Tempah Liang Lahad Harga RM75,000 Sebelah Kubur Suami
“Selamat Ulangtahun,” tulis Bunga ringkas sebagai kapsyen di foto terbaharu yang dimuat naik di Instagram di mana dia menziarahi pusara Ashraf yang dipenuhi dengan kelopak bunga mawar.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat Bunga turut berasa kehilangannya dan mengucapkan selamat ulang tahun kepada mereka dan menitipkan doa buat Allahyarham.
Hasil dari perkahwinan mereka, pasangan Ashraf dan Bunga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke 10 pada 23 September lalu, selang beberapa hari dari tarikh ulang tahun ke-41 Allahyarham Ashraf.
Kredit: Instagram @bclsinclair