Berlakon Satu Babak Sahaja, Johnny Depp Dapat Bayaran RM41 Juta

Ekoran kekalahan dalam perbicaraan kes fitnah (libel) berprofil tinggi terhadap penerbit akhbar  The Sun, nama Johnny Depp (57) digugurkan dari terus terbabit dalam penggambaran filem Fantastic Beasts 3, produksi Warner Bros.

Walau bagaimanapun aktor terkenal Hollywood itu dilaporkan akan menerima bayaran penuh berjumlah sekurang-kurangnya RM41 juta daripada syarikat produksi itu walaupun hanya sempat berlakon satu babak sahaja  sebagai Gellert Grindelwald dalam penggambaran filem fantasi itu yang memulakan penggambaran 20 September lalu.

Menurut kontrak yang ditandatangani Depp dan pihak produksi, Depp memiliki peruntukan khas wajib bayar dan oleh itu, dia berhak mendapat bayaran penuh walau apa terjadi kepada filem tersebut, termasuklah sama ada filem itu diberhentikan atau wataknya digantikan dengan pelakon lain.

Terdahulu, Heard memfailkan penceraian terhadap Depp pada 2016 hanya setahun selepas berkahwin kerana mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Depp bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Depp menyaman akhbar The Sun kerana menggelar Depp sebagai ‘wife beater‘ di dalam artikel mereka yang diterbitkan pada tahun 2018. Namun, Depp didapati bersalah di dalam saman fitnah tersebut kerana menurut mahkamah, laporan akhbar The Sun yang mengatakan aktor itu melakukan keganasan, ada kebenarannya.

Depp di dalam entri terkini di akaun Instagramnya mengakui yang dia telah diminta oleh pihak produksi iaitu Warner Bros, untuk menarik diri daripada watak Grindelwald dan dia bersetuju dengan permintaan tersebut dan menghormati keputusan mereka.

Walau bagaimanapun Depp berkata dia akan terus  berjuang untuk menegakkan keadilan dan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut.

“Saya berhajat untuk terus membuktikan bahawa tuduhan ke atas saya adalah palsu.  Hidup dan kerjaya saya tidak akan ditakrifkan oleh situasi yang berlaku sekarang,” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johnny Depp (@johnnydepp) on

.

Warner Bros dikatakan akan memilih pelakon baharu bagi watak Grindelwald sebelum filem itu ditayangkan pada 2022

Kredit: Insider.com, Harian Metro & Instagram @johnnydepp

Read Previous

Bunga Citra Lestari Kenang Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan, Kongsi Foto Kenangan Bersama Arwah Ashraf

Read Next

Yuna Tunggu Covid Reda Di Amerika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *