Yuna Tunggu Covid Reda Di Amerika

Penyanyi yang popular dengan lagu Terukir di Bintang dan kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna yang berada di tanah air sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu  tidak merancang untuk kembali ke Los Angeles dalam waktu terdekat ini.

Yuna berkata dia akan kembali ke Amerika Syarikat sebaik situasi Covid-19 reda di negara terbabit.

“Sebenarnya saya sudah berada di sini sejak Mac lalu.  Kebetulan saya pulang ke tanah air untuk urusan kerja bersama suami, tapi tak sangka pula tiba-tiba PKP dilaksanakan.

“Namun, saya okey saja kerana sekurang-kuranganya dapat luangkan masa bersama keluarga.  Saya mungkin akan kembali ke Amerika selepas keadaan sudah semakin pulih.  Lagipun, jumlah kes positif Covid-19 di sana sekarang ini makin meningkat.  Tunggulah bila masa betul-betul sesuai.  Mungkin tahun depan baru saya ke Los Angeles semula,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Yuna, walaupun perancangan aktiviti seninya untuk tahun ini terbantut akibat penularan wabak Covid-19, dia masih bersyukur kerana dapat menghasilkan dan merakamkan beberapa buah lagu.

“Sekarang ini semua aktiviti seni membabitkan artis di Amerika Syarikat dan Malaysia terkesan dengan pandeik ini.  Namun, saya bersyukur masih lagi dapat menghasilkan beberapa lagu dan proses rakaman dilakukan di rumah ketika PKP.

“Sepanjang berada di rumah juga saya melakukan perbincangan dengan produser di Amerika melalui aplikasi mesyuarat maya.  Walaupun ada banyak halangan tapi kalau saya berada di sana sekarang ini pun proses terbabit bukan mudah jika melihat keadaan di negara itu berbanding di Malaysia, kita lebih stabil,” katanya.

Baru-baru ini, Yuna sempat membuat persembahan penutup sempena acara beli-belah tahunan, Lazada 11.11 Super Show dan menyampaikan lagu popularnya, Crush dan Dan Sebenarnya.

Kredit: Harian Metro & Instagram @yuna

Read Previous

Berlakon Satu Babak Sahaja, Johnny Depp Dapat Bayaran RM41 Juta

Read Next

Sumber Pendapatan Terjejas, Apa Nasib Zoo Negara Lepas Tiga Bulan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *