Sumber Pendapatan Terjejas, Apa Nasib Zoo Negara Lepas Tiga Bulan?

Kasihan pihak pengurusan Zoo Negara yang kini kembali berdepan dengan krisis kewangan yang teruk apabila negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan gelombang ketiga COVID-19.

Ketiadaan pengunjung yang berkunjung ke Zoo Negara sejak pelaksanaan PKPB Oktober lalu, bermakna sumber pendapatan mereka terjejas dan tabung kecemasan dikatakan hanya mampu bertahan selama kira-kira tiga bulan sahaja lagi sebelum kehabisan.

Menurut Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara, Dr Mat Naim Ramli, penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan pihaknya mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang mencecah RM1 juta sebulan secara purata.

Kos bulanan merangkumi pembayaran gaji kakitangan Zoo Negara berjumlah RM400,000, keperluan makanan sebanyak RM350,000, bil elektrik

Menurut Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara, Dr Mat Naim Ramli, penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan pihaknya mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang secara purata mencecah RM1 juta sebulan.

Kos bulanan itu meliputi pembayaran gaji kakitangan (RM400,000), keperluan makanan (RM350,000), bil elektrik (RM140,000) dan bil air (RM40,000) jelas Dr. Mat Naim.

Jelas Dr. Mat Naim lagi, pada awalnya Zoo Negara sudah mula menunjukkan momentum pendapatan yang agak memuaskan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pemulihan (PKPP) pada Jun lalu.

“Pada Jun, Zoo Negara merekodkan pendapatan sebanyak RM450,000, Julai sebanyak RM1 juta, Ogo sebanyak RM1.3 juta dan September sebanyak RM850,000.  Namun pada Oktober lepas, kita hanya memperoleh RM150,000,” katanya lagi.

Pada fasa awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sumbangan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk menerusi kempen ‘Adopt an Animal’ telah membantu menampung perbelanjaan dan pengurusan kira-kira 5,137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan yang menghuni kawasan seluas 110 hektar di Taman Melawati itu.

Terdahulu, kerajaan pernah menyalurkan dana berjumlah RM1.3 juta kepada Malaysian Zoological Society yang menguruskan Zoo Negara pada April lalu, namun Dr Mat Naim berkata dana tersebut hanya mampu menampung kos operasi selama sebulan.

Jelasnya, sebahagian dana berkenaan iaitu sebanyak RM689,000 telah digunakan bagi membayar premium insurans tahunan panda di zoo berkenaan, dan selebihnya digunakan untuk skop operasi kebajikan haiwan seperti makanan, perubatan dan pencegahan penyakit.

Tambah beliau, ketika gelombang pertama COVID-19 dan pelaksanaan PKP, kerajaan telah menghulurkan bantuan kepada Zoo Negara dan zoo-zoo lain di seluruh negara bagi meneruskan operasi mereka akibat ketiadaan pengunjung.

Beliau berkata ketika gelombang pertama COVID-19 yang lepas, kerajaan telah membantu Zoo Negara dan zoo-zoo lain di seluruh negara bagi meneruskan operasi mereka berikutan ketiadaan pengunjung akibat pelaksanaan PKP.

Walau bagaimanapun, sejak PKPB bermula 14 Oktober lalu, beliau berkata mereka belum  lagi menerima apa-apa bantuan dari pihak kerajaan. Menurut Dr. Mat Naim, mungkin kerajaan dalam perancangan untuk mencari solusi dan kaedah bersesuaian untuk membantu pengurusan zoo di Malaysia, memandangkan kos yang perlu ditanggung adalah tinggi dan penutupan operasi secara berterusan akan membebankan pihak pengurusan.

Justeru itu, Dr Mat Naim berkata mereka amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membantu Zoo Negara dan mereka yang berhasrat untuk berbuat demikian boleh melayari
https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk maklumat lebih lanjut.

Kredit: BERNAMA & Astro Gempak

Read Previous

Yuna Tunggu Covid Reda Di Amerika

Read Next

Gambar Romantis Mira Filzah Dan Suami Undang Rasa Tak Puas Hati Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *