Gambar Romantis Mira Filzah Dan Suami Undang Rasa Tak Puas Hati Netizen

Pejam celik dah tiga bulan usia perkahwinan Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar. Namun aksi pasangan romantis ini masih menjadi bualan netizen dan ramai yang menjadikan mereka sebagai ‘couple goals’.

Mira Filzah Sah Isteri Wan Emir

Baru-baru ini, Mira berkongsi momen romantis mereka menerusi akaun Instagram miliknya.  Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah binti Badioezaman itu memuat naik foto bersama suami ketika di dalam kereta dengan aksi kepala ‘terlentok’ di bahu Wan Emir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Walaupun ramai yang memuji, namun ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan perkongsian tersebut. Kata netizen itu, di awal perkahwinan sudah tentu semuanya indah belaka, namun selepas beberapa tahun, pasti akan timbul masalah dan pergaduhan  antara suami isteri dan pada waktu itu, para selebriti mulalah menyorok permasalahan mereka dan menafikan keadaan rumah tangga yang bergolak.

Komen netizen itu mengundang kecaman netizen yang tampil mempertahankan Mira dan suaminya dan meminta supaya individu tersebut menyucikan hati dari hasad dengki kerana sepatutnya mereka mendoakan kebahagian orang lain dan bukan yang sebaliknya.

Kredit: Rotikaya & Instagram @mfmirafilzah

Read Previous

Sumber Pendapatan Terjejas, Apa Nasib Zoo Negara Lepas Tiga Bulan?

Read Next

Komposer A.Ali Meninggal Dunia Dalam Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *