Alif Satar Positif Covid-19

Penyanyi, pengacara dan pelakon popular, Alif Satar mengumumkan bahawa dirinya positif COVID-19 menerusi kemas kini di akaun Instagramnya petang tadi.

Alif yang baharu saja selesai membuat persembahan di pentas semifinal Muzik Muzik 35 kelmarin, memuat naik foto memakai pakaian hospital dan mengakui amat terkejut apabila diberitahu bahawa dia dijangkiti coronavirus.

“Assalamualaikum…Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan Covid-19.

“Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif di dapati positif Covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak-kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif,” tulisnya sebagai kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Tambah pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu, dia kini sedang menjalani proses kuarantin dan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alif telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini.

“Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah S.W.T.

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan…p/s Alif sekarang menjalani proses kuarantin,” tulisnya lagi.

Jelas Alif lagi, dia mengambil ujian saringan tersebut pada 21 November yang lalu.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat Alif dan rakan selebriti seperti Tomok, Shuib Sepahtu, Daiyan Trisha, Naim Daniel dan ramai lagi mendoakan agar Alif cepat sembuh.

Sekadar info, bapa kepada tiga orang anak ini juga seorang yang aktif dalam sukan berbasikal dan triathlon dan pernah memasuki pertandingan IronMan di Langkawi.

Kredit: Instagram @alifsatar

Read Previous

Komposer A.Ali Meninggal Dunia Dalam Tidur

Read Next

Miley Cyrus Berazam Untuk Bebas Alkohol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *