Miley Cyrus Berazam Untuk Bebas Alkohol

Bintang popular Hollywood, Miley Cyrus mengakui dirinya kini kembali berhenti dari mengambil alkohol sejak dua minggu lalu.

“Sama seperti orang lain, kehidupan saya ketika krisis pandemik ini ada naik dan turunnya.  Saya pernah ‘bersih’, kemudian kembali lagi mengambil alkohol, jatuh semula dan sekarang saya tidak lagi mengambil alkohol sejak dua minggu lalu,”katanya sewaktu ditanya ketika menghadiri salah satu episod dalam program Apple Music’s New Music Daily.

Walau bagaimanapun Miley tidak mahu terlalu memikirkan tempoh ‘sobriety‘ (bebas alkohol) tetapi akan lebih fokus kepada proses memperbaiki diri dan kehidupannya.

“Satu perkara yang saya pegang adalah jangan cepat marah, tapi wujudkan rasa ingin tahu.  Dalam kata lain, jangan salahkan diri sendiri, tapi tanya diri..apa yang berlaku sebenarnya?” kata pelantun lagu Wrecking Ball itu.

Jun lalu, kisah Miley yang berjaya membebaskan diri dari alkohol selama enam bulan mendapat liputan pelbagai media antarabangsa kerana rata-rata tahu bekas isteri kepada Liam Hemsworth itu kerap menggunakan dadah dan alkohol dalam kehidupan seharian.

Kredit: Harian Metro & Instagram @mileycyrus

Read Previous

Alif Satar Positif Covid-19

Read Next

FGV Bawa “Pasar Segar Ke Pintu Rumah” Melalui Sistem e-Dagang GOGOPASAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *