Belon Gergasi ‘The Rock’ Di Macy’s Thanksgiving Parade!

Bintang Hollywood, The Rock atau atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson teruja berkongsi video kemeriahan sewaktu Macy’s Thanksgiving Parade sempena Hari Thankgsiving di New York dimana foto ikonik dirinya sewaktu zaman muda diabadikan di dalam bentuk belon gas.

The Rock memuat naik video belon gas gergasi yang mengabadikan foto zaman mudanya menerusi satu entri dia akaun Instagram miliknya untuk tontonan ramai.

“Tak pernah saya impikan.  Saya amat bernasib baik kerana dapat melakukan perkara-perkara yang hebat dalam kerjaya saya, tetapi selepas melihat belon gas Fanny Pack Float sempena ‘Young Rock’ (sitkom terbaharu di NBC) saya sewaktu muda di #MacysThanksgivingParade, ini mengatasi segala-galanya,” tulisnya sebagai kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock)

Pelakon yang popular menerusi filem seperti Jumanji dan Rampage itu juga mengimbas kembali saat-saat kehidupan mudanya ketika foto itu diambil pada 1990an.

“Pada ketika itu, saya cuma ada USD7 (RM28) sahaja dalam beg pinggang (fanny pack) saya, namun sekurang-kurangnya saya masih kelihatan ‘Cool’ dengan baju ‘turtleneck’ yang diselit masuk ke dalam seluar dan memakai perhiasan perak tiruan kerana itu saja yang saya mampu ketika itu.

“Begitu juga dengan kening terangkat saya  yang dicabut rapi adalah perkara yang menjadi impian (dan mimpi ngeri). Terbanglah anak-anak. Kamu mungkin mampu mengecapi kejayaan satu hari nanti,” tulisnya lagi.
Kredit: Harian Metro & Instagram @therock

Read Previous

FGV Bawa “Pasar Segar Ke Pintu Rumah” Melalui Sistem e-Dagang GOGOPASAR

Read Next

Fattah, Fazura Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga Dalam Suasana Romantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *