CTDK Sahkan Sedang Berbadan Dua!

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza (41) atau lebih mesra dipanggil Tokti membuat pengumuman menerusi akaun Instagramnya @ctdk lebih kurang setengah jam yang lalu yang dia kini berbadan dua.

Siti berkata bukan niatnya untuk menyorok berita gembira ini, hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengesahkan persoalan yang bermain di kepala peminat-peminat sejak September lalu apabila puterinya, Siti Aafiyah secara spontan menyebut “Aafiyah nak baby ni” menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” katanya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (61) ini juga meminta peminat menitipkan doa supaya semuanya dipermudahkan Allah swt.

“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini.  Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!,” katanya lagi.

Sekadar info, Siti dan suami dikurniakan permata hati bernama Siti Aafiyah yang kini berumur dua tahun selepas 11 tahun mendirikan rumahtangga dan awal tahun ini Siti pernah meluahkan hasrat untuk hamil sekali lagi melalui proses IVF (In Vitro Fertilization) seperti yang pernah dilakukan dahulu.

Kredit: Instagram @ctdk

Read Previous

Fattah, Fazura Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga Dalam Suasana Romantik

Read Next

Kartel ‘kantoi’ seludup daging tak halal, Haji Butcher bersuara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *