Fattah, Fazura Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga Dalam Suasana Romantik

Pelakon jelita, Nur Fazura binti Sharifuddin atau lebih mesra dipanggil Fazura, mencuri perhatian ramai dalam foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sedang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga bersama aktor kacak, Fattah Amin.

Pelakon yang popular menerusi filem Gol dan Gincu itu berkongsi beberapa keping foto serta video sambutan tersebut di sebuah restoran mewah dalam suasana yang amat romantis dan memakai pakaian sedondon serba hitam dengan suaminya.

“Selamat Ulang tahun sayang.  Tiga tahun hingga selamanya,” tulis Fazura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Baharu sahaja melahirkan cahaya mata sulung, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu, Fazura kelihatan semakin berseri-seri setelah bergelar ibu.

Ruangan komen entri tersebut dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti seperti Jasmine Suraya, Catriona Ross, Mimi Lana, Carmen Soo dan para peminat pasangan itu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.  Pasangan ini dikatakan mula menjalin hubungan cinta semenjak bekerjasama di dalam drama bersiri popular, Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang.

Kredit: Astro Gempak & Instagram @missfazura

Read Previous

Belon Gergasi ‘The Rock’ Di Macy’s Thanksgiving Parade!

Read Next

CTDK Sahkan Sedang Berbadan Dua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *