Kartel ‘kantoi’ seludup daging tak halal, Haji Butcher bersuara!

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita operasi serbuan di sebuah gudang di Senai yang mana menyaksikan sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta telah disita.

Taktik kotor kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal akhirnya terbongkar hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Berita ini membuatkan Haji Butcher atau nama sebenarnya Haji Umar Zafri yang juga ahli kumpulan V.E (Voice of Euphonious) terpanggil untuk mengulas mengenai hal ini.

” Walaupun pembekal daging itu tempatan atau menggunakan daging tempatan, kami tetap memilih dan berhati-hati. Soal halal dan toyyib bukan perkara ringan yang boleh dilihat sebelah mata.

“Sedangkan ayam segar pun kami tolak pembekal yang tidak patuh SOP halal dan toyyib walaupun harga ditawarkan murah.

“Biar harga tinggi sedikit, bukan tinggi melampau tetapi ia menepati apa yang sepatutnya dijadikan pegangan para peniaga Muslim Bumiputera,” nasihatnya menerusi laman Facebook, semalam.

Jelasnya lagi, dia tidak akan sesekali berurusan dengan kartel haram dan hanya membawa masuk daging import dari Australia, New Zealand dan India yang diperakui halal oleh JAKIM.

Baca: Haji Butcher Bersuara!

Haji Butcher yang merupakan pembekal dan penjual daging dan ayam segar aktif beroperasi sejak tahun 2016 bakal bekerjasama dengan pasar runcit e-dagang, GOGOPASAR tidak lama lagi.

Ingin mencari daging dan ayam segar, halal dan berkualiti tinggi tanpa was-was? Bolehlah melayari laman web www.gogopasar.com untuk pembelian atau muat turun aplikasi Gogopasar di Google Playstore!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GOGOPASAR HQ (@gogopasarhq)

Oleh: Faida

Kredit: Instagram @hajibutcher dan FB Haji Butcher

Read Previous

CTDK Sahkan Sedang Berbadan Dua!

Read Next

Ramai Yang Terkejut Bila Air Selangor Boleh Menang Anugerah Di Peringkat Antarabangsa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *