Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) sering kali dikaitkan dengan pelbagai permasalahan bekalan air yang dihadapi oleh para penduduk di negeri Selangor. Walaupun sering dibelenggu oleh masalah demi masalah yang mengundang ketidak puasan hati dikalangan rakyat negeri Selangor, ternyata Air Selangor tidak sesekali terkesan malah tetap berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menyalurkan air terawat yang bersih dan selamat kepada para penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ini terbukti apabila Air Selangor baru-baru ini telah disenaraikan bersama beberapa agensi rawatan air luar negara dan diiktiraf sebagai antara pengendali pengurusan air terbaik di bawah kategori “Public Water Agensi  of the Year” di Anugerah Air Global 2020.
Berita gembira tersebut telah dikongsi di laman Facebook rasmi Air Selangor;


 

“Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Air Selangor telah mendapat pengiktirafan di Anugerah Air Global 2020 melalui kategori ‘Public Water Agency of the Year.” 

Anugerah berprestij ini adalah pengiktirafan kepada pencapaian kami dalam memberikan perkhidmatan air terawat yang bersih dan selamat.

Kami mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang berterusan dan akan sentiasa berusaha memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami.”

Walaupun tidak menang, Air Selangor tetap disenaraikan sebagai pengendali perkhidmatan air yang terpuji.

Untuk pengetahuan semua, anugerah berprestij dan bertaraf antarabangsa ini adalah anjuran Global Water Intelligence iaitu merupakan badan yang memberikan pengiktirafan pencapaian dalam industri air antarabangsa yang membabitkan pelbagai kategori.

Pengumuman gembira ini ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Air Selangor, tidak kurang juga ramai di antara netizen yang seakan memerli seolah-olah pengiktirafan tersebut tidak layak diberikan kepada Air Selangor.

Apa-apa pun,  kami mengucapkan tahniah kepada pihak Air Selangor kerana sekurang-kurangnya dengan pengiktirafan ini, Air Selangor akan lebih berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dalam membekalkan air bersih dan terawat kepada rakyat di negeri Selangor. Tahniah dan syabas, Air Selangor!

Global Water Awards 2020 Online – Public Water Agency of the Year from Global Water Intelligence on Vimeo.




Archives