Vokalis Projek Pistol, Cliff Umar Dinobat Juara Gegar Vaganza 7!

Vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta piala.

Persembahan yang mantap dan bertenaga dari Cliff berjaya mengetepikan saingan sengit seperti Muss, Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Ayu Damit, Ashira dan Oja.

Muss, selaku naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM50,00 dan piala, manakala tempat ketiga jatuh kepada Ayu yang melayakkannya menerima hadiah wah tunai berjumlah RM30,000 dan piala.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu tradisional irama Malaysia, Noraniza Idris dan bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia, Linda Nanuwil pula hanya berjaya menduduki tempat keempat dan kelima, dan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan RM15,000 serta piala.

Tempat keenam dimenangi oleh Oja yang menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan Ashira yang menduduki tempat ketujuh menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Program akhir GV7 dihoskan oleh pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan juri-juri yang terlibat pada malam peringkat akhir persembahan peserta GV7 terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow.

Malam konsert terakhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada bekas peserta GV7 yang tersingkir iaitu Haslinda, Rozita Izlyn, Eva, Indigo, Aju Success dan Nomad.

Kredit: BH Online & Instagram @gegarvaganzaofficial

Read Previous

Ramai Yang Terkejut Bila Air Selangor Boleh Menang Anugerah Di Peringkat Antarabangsa!

Read Next

12 Lagu Mara Ke AJL35, Tiga Lagu Milik Hael Husaini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *