12 Lagu Mara Ke AJL35, Tiga Lagu Milik Hael Husaini

Senarai penuh 12 lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) diumumkan malam tadi pada Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dengan tiga lagu ciptaan bersama penyanyi dan komposer, Hael Husaini berjaya mara ke pusingan akhir.

Tiga lagu tersebut adalah lagu Hati yang dicipta Hael bersama Ezra Kong, Peluang Kedua ciptaan Hael dan MFMF dan Belenggu Rindu dendangan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita, ciptaan Hael dan Ezra Kong yang turut diangkat sebagai lagu terbaik pada episod akhir SFMM35 malam tadi.

Terdahulu, lagu Hati terpilih sebagai lagu terbaik pada episod pertama SFMM35.

Malam yang berprestij ini akan memperkenalkan muka-muka baru yang bakal berentap buat kali pertama di pentas AJL seperti Shiha Zikir, Noki, Tuju, Zizi Kirana, Floor 88, Amir Masdi, Kmy Kmo, Luca Sickta dan Kaka Azraff.

Senarai 12 finalis AJL35 diumumkan oleh pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Hussni di akhir program Separuh Akhir Muzik-Muzik 35.

Berikut merupakan senarai penuh 12 finalis yang layak ke pentas akhir AJL35.

  1. Belenggu Rindu – Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita (lagu terbaik episod akhir SFMM35)
  2. 7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta
  3. Hati – Hael Husaini
  4.  Semalam – Aina Abdul
  5. Peluang Kedua – Hael Husaini (nyanyian asal Nabila Razali)
  6. Hutang – Floor 88
  7. Kau Sakiti – Amir Masdi
  8. Gundah – Ernie Zakri
  9. Gila – Kaka Azraff, Noki & Tuju
  10. Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter
  11. Eh – Zizi Kirana
  12. Aku Bidadari Syurgamu – Aishah

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Kesemua lagu yang berentap akan diadili juri-juri profesional yang dibarisi Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan Azmeer selaku ketua juri pada malam tersebut.

AJL 35 akan berlangsung pada 7 Februari 2021, secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Kredit: Instagram @tv3malaysia

Read Previous

Vokalis Projek Pistol, Cliff Umar Dinobat Juara Gegar Vaganza 7!

Read Next

Rumah Tangga Bergolak, Nadia Brian Masih Profesional!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *