Rumah Tangga Bergolak, Nadia Brian Masih Profesional!

Kecoh media sosial apabila Muizz Nasruddin, iaitu suami kepada pelakon jelita, Nadia Brian memilih untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya di internet apabila mendakwa mempunyai bukti bahawa isterinya berlaku curang dan ‘kantoi’ bersama lelaki lain di bilik hotel.

Seperti biasa, warganet membuat pelbagai andaian dan ada yang bersimpati dengan nasib Muizz dan mengecam Nadia, tetapi ada juga yang merasakan Muizz tidak seharusnya membuka aib dan menceritakan hal rumah tangga di media sosial.

Walau bagaimanapun,  Nadia yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ memilih untuk tidak membiarkan masalah peribadi menjejaskan kerjaya seninya dan masih ke set penggambaran seperti biasa untuk menjalankan tugas.

Memetik laporan Mstar Online, Shuhaimi Lua, pengarah dan penerbit drama tersebut mendedahkan pelakon utama Ratu Kala Jengking itu tetap profesional walaupun berdepan dengan masalah peribadi.

“Tipulah kalau saya tak tahu apa berlaku.  Dia ada bercerita kerana kami memang rapat sejak awal karier dia lagi tapi apa yang saya boleh kata dia tak bawa masalah itu ke set saya, semua pelakon ceria macam biasa,  tak nampak lagi mengganggu proses penggambaran.

“Sebenarnya kontroversi rumah tangga Nadia ini dah bermula sejak penggambaran drama Rudy Vs. Julie,  semasa itu dah hangat orang memperkatakan mengenai hal itu.

“Namun dia masih mampu jadi profesional semasa berlakon dan tak bawa masalah ke lokasi penggambaran.  Saya ada bagi nasihat kena berjumpa dan berbincang untuk cari jalan penyelesaian, ada sahaja artis lain berdepan masalah rumah tangga tapi pengakhirannya mereka baik-baik sahaja,” katanya.

Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahajalah untuk Nadia dan suaminya. Kalau memang dah tak ada jodoh, selesaikan lah dengan cara yang elok. Tak manis kan kalau kisah rumah tangga jadi perbualan orang? Dalam Islam pun ada sebut, kalau masalah tu tak boleh diselesaikan oleh pasangan suami isteri, lantiklah wakil untuk selesaikan cara baik.

Kredit: Mstar Online

Read Previous

12 Lagu Mara Ke AJL35, Tiga Lagu Milik Hael Husaini

Read Next

Gogopasar Prihatin Nasib Zoo Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *