Gogopasar Prihatin Nasib Zoo Negara

“Mari kita pergi ke zoo, bergembira di situ, makanannya sedap sehingga menjilat jari….” siapa lagi yang ingat lagu ini yang selalu berkumandang di siaran televisyen dan radio satu masa dahulu?

Zoo Negara Malaysia yang terletak di Taman Zooview, Ampang, Selangor menjadi tempat kegemaran pengunjung untuk beriadah bersama keluarga tercinta sambil mengenalkan spesis haiwan kepada anak-anak kecil.

Beberapa minggu lepas, team FUNTA ada menulis tentang krisis kewangan yang dihadapi pihak Zoo Negara akibat pandemik COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan pihak kerajaan susulan gelombang ketiga COVID-19 secara tidak langsung menjejaskan sumber pendapatan mereka yang rata-rata diperolehi dari bayaran tiket yang dibayar oleh pengunjung.

Baca: Sumber Pendapatan Terjejas, Apa Nasib Zoo Negara Lepas Tiga Bulan?

Pada awal bulan Disember lalu, pihak Gogopasar telah membuat tinjauan ke Zoo Negara bagi mendengar sendiri kekangan yang dihadapi pihak pengurusan Zoo. Pada waktu itu, negara masih di dalam PKPB dan ini menyebabkan pihak Zoo mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang secara puratanya mencecah RM1 juta sebulan.

Menurut pihak pengurusan, haiwan-haiwan di Zoo Negara kenal makanan yang elok atau yang sudah tidak elok kerana mereka hanya diberi sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan berkualiti. Monyet pun ‘tolak’ apabila pisang yang disajikan sudah lembik. Amboi-amboi.

Dengan objektif untuk membantu pihak zoo supaya bekalan makanan kepada haiwan-haiwan ini mencukupi dan tidak terputus,  Gogopasar mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan dari segi membekalkan bahan mentah seperti sayuran, buah-buahan, ayam, ikan dan daging yang segar dan berkualiti kepada Zoo Negara melalui kempen Tabung Bantuan Zoo Negara.

Walaupun pintu masuk ke Zoo Negara telah mula dibuka kepada pengunjung pada 18 Disember lalu, negara masih belum bebas COVID-19. Jadi, jika kita tidak berhati-hati mematuhi SOP yang ditetapkan dalam norma baharu tidak hairanlah jika kerajaan terpaksa melaksanakan PKPB di masa akan datang dan pengunjung tidak lagi dibenarkan mengunjung ke Zoo Negara.

Semoga dengan derma dari rakyat Malaysia yang prihatin dan pemurah, inisiatif murni dari Gogopasar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kredit: Gogopasar.com

Read Previous

Rumah Tangga Bergolak, Nadia Brian Masih Profesional!

Read Next

Ayda Jebat Sah Isteri Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *